• By CEO Razrul
  • Posted March 26, 2018

Potensi Perniagaan Online Di Malaysia

Industri e-dagang Malaysia yang berada di landasan tepat untuk mencapai pertumbuhan sebanyak 21 peratus menjelang 2020 memiliki potensi besar untuk diperluaskan lagi berikutan peningkatan kesedaran dalam kalangan usahawan tempatan.

Kini lebih banyak jenama terkemuka dan usahawan tempatan berlumba-lumba untuk memasarkan produk mereka secara dalam talian bagi menjangkau pasaran yang lebih besar.

Katanya, dengan usaha kerajaan Malaysia memainkan peranan penting melalui sokongan dan inisiatif untuk usahawan, industri e-dagang boleh berkembang lebih cepat.

Industri e-dagang tempatan berupaya untuk memberi sumbangan yang lebih kepada ekonomi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam jangka masa panjang.

NetBe mula dilancarkan di Malaysia sejak 2015 dan telah berkembang ke Indonesia dan Thailand

Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara ini sehingga kini merekodkan lebih RM 1 juta dalam nilai barang dagangan kasar (GMV) di peringkat serantau.

Pada masa ini NetBe mempunyai 40,000 pengguna .

NetBe merancang untuk memanfaatkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia yang mana syarikat telah mengadakan perbincangan dengan sektor pasca penerbangan dan pihak kastam.

NetBe mempunyai asas penjual yang besar di Malaysia dan merancang menyebar luas barang dagangannya ke negara lain di rantau ini.

NetBe telah melatih ramai penjual yang baik dan mereka boleh menggunakan DFTZ untuk mengimport barang dagangan mereka ke pasaran lain, kerana terdapat unsur gudang dan penjimatan cukai di DFTZ.

Dalam pada itu, satu kajian oleh iPrice Group melaporkan sehingga Ogos 2017 nilai industri e-dagang di negara ini bernilai RM24.6 bilion.

Pelbagai usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan sumbangan industri e-dagang kepada KDNK daripada 5.4 peratus pada 2015 kepada sembilan hingga 10 peratus menjelang 2020.

Lates Post